hari demi hari berlalu. macam-macam dah terjadi. cakap apa je aku tak rasa. happy sedih marah benci rindu sayang pahit perit macam-macam semua aku rasa. of coz lah bukan aku sorang je rasa mcm tu. farith umi ayah abang semua aku dah sakiti.
aku tahu maaf saja tak pernah dan tak akan cukup. memaafkan sangat senang. minta maaf juga senang. tapi maaf yang betul-betul maaf ialah apabila kita tak lagi ulangi kesilapan yang kita pinta kemaafan itu.
aku tak tahu apa terjadi. aku tak mengerti kenapa. farith umi ayah abang orang paling aku sayang. tapi aku lupa nak hargai. lumrah hidup kita mudah lupa. kita pentingkan diri. aku cuba tapi aku leka.
hari ini hatiku terbuka untuk mengadu pada-nya. subhanallah. besar kuasa Allah. Dia maha pengampun dia maha mengetahui dia maha pengasih. aku bersyukur. selama ini hidup aku jahil. tapi alhamdulillah hatiku masih terbuka. hatiku tak mati. masih ada ruang di hati ini. masih ada peluang untuk aku berada di sisi-nya.
aku redha atas apa yang berlaku. bukan aku berhenti. jika ini kesudahannya. aku mengerti. kita masih muda. kita tak bersedia lagi. banyak kelemahanku untuk dicintai kamu. banyak hati yang perlu dijaga. aku tak mahu lagi menyakiti. apa yang pasti. kehidupan akan diteruskan. insyaallah. aku percaya. aku tak pernah bersendiri. kepada Dia aku tangisi. kepada Dia aku mengadu. kepada Dia aku memohon. kepada Dia aku sujud. kepada Dia aku berharap.
insyaallah. hidup masih panjang. aku percaya pada jodoh. tiada apa yang boleh halang jodoh kita selain DIA.